Pengurusan Kewangan Tumpuan Utama Bagi PKS - Mukhriz

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurusan kewangan seharusnya menjadi tumpuan utama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memastikan daya saing yang kukuh dalam pasaran, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Muhkriz Mahathir.

"Banyak PKS, terutamanya dalam kalangan firma-firma kecil, gagal mendapatkan pembiayaan semata-mata kerana penyimpanan rekod mereka yang lemah," katanya pada majlis pelancaran Panduan Kewangan bagi PKS, di sini, Rabu.

Beliau juga berkata pihak bank pula bertanggungjawab memastikan peminjam mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan berupaya menjana aliran pendapatan yang stabil dan berterusan untuk membayar balik pinjaman mereka.

"Inilah jurang yang sering kali wujud antara PKS dan bank," tegas Mukhriz.

Panduan kewangan itu adalah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menggalakkan amalan pengurusan kewangan yang baik dalam kalangan PKS.

Ia juga disasarkan kepada usahawan yang selalunya tidak mempunyai latihan kewangan formal serta sumber-sumber yang terhad untuk mengambil pembantu kewangan.

Ia adalah hasil usaha antara Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) dan CPA Australia, yang mengolah versi Australia "Achieving Financial Success", untuk disesuaikan dengan konteks Malaysia.

Panduan itu boleh didapati dengan percuma daripada Pusat Rujukan Setempat di SME Corp, atau boleh dicapai secara online melalui laman sesawang SME Corp dan Portal Maklumat PKS.

Sementara itu, bagi Bajet 2012 akan datang, Mukriz berharap lebih banyak insentif akan diberikan untuk memacu perkembangan ekonomi dan dengan demikian menarik lebih banyak perdagangan dan pelaburan.

"Sebagai sebuah negara yang bergantung kepada perdagangan, pengeksport kita juga menunggu-nunggu insentif yang merangsang mereka untuk mengeksport produk yang dibuat oleh syarikat Malaysia," katanya sambil menambah bahawa ini akan membantu Malaysia menjana lebih banyak pelaburan tempatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan