Pak Lah Minta Semua Agama Elak Provokasi

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dunia Islam dan Kristian serta masyarakat lain tidak boleh membiarkan wujudnya satu jurang antara mereka semata-mata atas alasan memperjuangkan kebebasan bersuara, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata mereka perlu tahu ruang yang boleh mereka gunakan sebagai panduan untuk bercakap dengan berhemah dan bertanggungjawab.

Berucap pada forum antara agama mengenai "Pentingnya Dialog Islam-Kristian" di Universiti Islam Antarabangsa di sini, Rabu, Abdullah berkata sikap bertanggungjawab terhadap satu tamadun kemanusiaan bersama memerlukan seseorang itu menghargai kewujudan dan hak pihak lain untuk hidup secara aman.

"Kita harus mengelak tindakan provokasi, umpamanya dengan membuat pihak lain menjadi lebih ganas dan memberi ruang kepada musuh kemanusiaan menyebarkan kemarahan dan keganasan," katanya.

Abdullah, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), berkata Islam sentiasa mengamalkan hubungan yang baik dengan agama utama yang lain khususnya Kristian berlandaskan matlamat untuk menikmati keamanan.

Katanya Islam dan Kristian masing-masing mempunyai sejarah dan tamadun yang gemilang yang membolehkan kedua-duanya saling membantu dalam pelbagai bidang yang penting kepada masyarakat.

"Saya yakin terdapat potensi yang besar untuk bekerjasama demi masa depan kita," katanya.

Abdullah berkata bahawa dunia hari ini sudah bosan dengan peperangan dan konflik serta tidak mahu berterusan berdepan dengan keganasan dan konfrontasi.

"Kita sedang hidup dalam satu tempoh sensitif, di mana senjata pemusnah besar-besaran, pemanasan global, kemarau, banjir, jaminan makanan dan kebuluran menjadi cabaran serius kepada manusia.

"Ancaman-ancaman ini melibatkan kita semua tanpa mengira agama, kaum dan tempat. Ia hanya dapat dikurangkan jika terdapat pendirian bersama bahawa semua itu adalah ancaman kepada kita bersama," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan