Malaysia Minta Pertubuhan Pergerakan Global Kumpulan Berpendirian Sederhana

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman meminta 'Pergerakan Global Kumpulan Berpendirian Sederhana' ditubuhkan untuk menangani Islamophobia serta jurang yang luas antara dunia Islam dan Barat.

Beliau berkata masalah sebenar bukannya antara Islam dan bukan Islam tetapi antara golongan sederhana dan ekstrimis dalam semua agama, sama ada Islam, Kristian atau Yahudi.

"Di sebalik usaha beterusan kita untuk meningkatkan keamanan dan keharmonian dunia, kita masih menyaksikan trend yang meningkat untuk mengekalkan dan menyemarakkan Islamophobia.

"Terdapat percubaan untuk melaga-lagakan Islam dengan barat, memburukkan Islam serta mengaitkan Islam dengan keganasan. Tindakan tidak bertanggungjawab ini meningkatkan jurang antara dunia Islam dan Barat," katanya ketika berucap pada sesi ke-66 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sini, Rabu.

Anifah berkata: "Kita mesti memastikan suara kumpulan sederhana, yang kini membentuk majoriti senyap, mengatasi ekstrimisme dalam mencari penyelesaian kepada cabaran yang kini meningkat, yang dihadapi masyarakat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata Malaysia akan berusaha keras untuk memastikan keberkesanan aktiviti berterusan Perikatan Ketamadunan PBB, dan dialog antara agama dan antara budaya bagi membolehkan kumpulan sederhana ini mengatasi ektrimisme melalui Pergerakan Global Kumpulan Sederhana yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung PBB tahun lepas.

"Keamanan hanya boleh dicapai jika masyarakat bersedia untuk melibatkan diri sebagai pengantara dan mesti berusaha dalam menyelesaikan krisis Timur Tengah memandangkan hanya itu pilihan untuk mencapai keamanan yang berkekalan.

Mediasi adalah satu-satunya cara untuk menyediakan resolusi mampan kepada semua konflik dan krisis.

"Oleh itu, kita semua mempunyai peranan dalam memastikan ia berkesan. Kesabaran dan kebijaksaan mempunyai meritnya sendiri, tetapi ia tidak boleh menjadikan kita lemah. Walaupun pelbagai resolusi diterimapakai terhadap Palestin, ia masih tidak menunjukkan hasil yang nyata. Kita juga berharap untuk melihat keamanan dan penyelesaian dalam isu Palestin," katanya.

Beliau juga berkata Malaysia menyokong pemintaan rakyat Palestin kepada PBB dan mengalu-alukan kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan mengenai asas rangka kerja undang-undang antarabangsa sedia ada.

"Malaysia juga menyokong penuh hak-hak rakyat Palestin untuk sebuah negara Palestin yang bebas, berdasarkan penyelesaian dua negara, dengan mengambil kira keselamatan kedua-dua pihak," katanya.

Beliau juga meminta pembaharuan menyeluruh Majlis Keselamatan untuk menjadikannya lebih sah, demokratik dan telus, dan tidak lagi terikat kepada kuasa veto lima anggota tetap - China, Perancis, Russia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

"Malaysia kini dalam perubahan selaras dengan perubahan lanskap global. Kami percaya PBB juga perlu melakukan perkara sama. Kita ingin melihat pembaharuan yang menyeluruh PBB, jadi ia boleh menghadapi kenyataan semasa dan menangani cabaran masa kini.

"Yang penting, Majlis Keselamatan juga perlu melakukan perubahan menyeluruh dalam usaha menjadikannya lebih sah, mewakili semua, demokratik dan telus. Sebagai Majlis perantara yang lebih baik, ia mesti berkesan, telus dan bertanggungjawab terhadap keanggotaan PBB yang besar. Ia tidak lagi boleh terikat kepada pemegang kuasa veto," katanya.

Mengenai Sidang Kemuncak Rio + 20, Anifah berkata terdapat cadangan untuk memperkukuhkan rangka kerja institusi untuk alam sekitar dengan melihat kepada mekanisme baru yang inklusif dengan tanggungjawab membuat keputusan yang saksama.

Mengenai isu senjata nuklear, Anifah berkata Malaysia komited dalam bekerjasama dengan negara anggota lain untuk merealisasikan matlamat menjadi dunia yang bebas senjata nuklear dan akan terus menyokong penghapusan sepenuhnya senjata nuklear melalui Konvensyen Senjata Nuklear.

Anifah turut memberitahu negara anggota pada perhimpunan agung itu untuk mengenepikan sikap ego dan belajar antara satu sama lain mengenai isu kewangan antarabangsa semasa.

"Kita memerlukan reka bentuk kewangan baru yang telus, saksama, mewakili dan penyertaan semua pihak.

"Ia boleh dipelajari dari negara-negara membangun yang memulakan reformasi ekonomi dan mengukuhkan institusi kewangan mereka berikutan krisis kewangan Asia," katanya.

Mengenai Malaysia, beliau berkata negara itu telah memulakan program transformasi sendiri melalui konsep 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Model Ekonomi Baru.

"Sebagai sebahagian daripada program transformasi ini, Malaysia telah mengambil langkah besar dalam meminda undang-undang mengenai keselamatan dalam negeri. Kami telah mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Ia akan diganti dengan undang-undang untuk menghalang tindakan subversif, keganasan dan keganasan terancang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan