Kemalangan Di Tempat Kerja Menurun 50 Peratus

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kes kemalangan di tempat kerja di negara ini mencatatkan penurunan lebih 50 peratus dalam tempoh 10 tahun iaitu daripada 75,386 kes pada tahun 2000 kepada 35,616 kes tahun lepas.

Sambil menyifatkannya sebagai perkembangan yang baik, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye bagaimanapun mahu statistik itu diturunkan lagi.

"Tumpuan kita ialah mengurangkan kadar kemalangan dalam industri hospitaliti termasuk pelancongan, perhotelan dan industri sokongan. Untuk itu pekerja di sektor itu akan diberi pendedahan mencukupi mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Bengkel Kesedarana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk Industri Hospitaliti di sini, berkata usaha itu penting kerana turut melibatkan tetamu termasuk pelancong asing.

"Sebarang kemalangan yang menimpa khususnya ke atas pelancong asing akan memberi imej dan gambaran kurang baik ke atas industri hospitaliti negara," katanya.

Dalam pada itu, Niosh katanya bimbang dengan peningkatan kes kemalangan membabitkan pekerja yang dalam perjalanan ulang alik ke tempat kerja bagi tempoh yang sama.

Lee berkata pada tahun 2000, sebanyak 19,620 kes kemalangan ulang alik ke tempat kerja dilaporkan dan meningkat kepada 22,040 kes tahun lepas.

"Kebanyakan kes melibatkan penunggang motosikal dan bagi mengatasi perkara ini kursus pemanduan berhemah khususnya kepada penunggang motosikal perlu dilakukan menerusi inisiatif majikan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan