Jais Tegas Dengan Keputusan Tidak Keluarkan Tauliah Kepada Ahli Politik

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tegas dengan keputusannya untuk tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik yang mahu berceramah atau menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di negeri itu.

Pengarahnya Marzuki Hussin berkata Jais tidak akan berkompromi walaupun ada pihak yang meminta supaya perkara itu diteliti semula.

Tindakan untuk tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik itu adalah selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya masjid dan surau tidak dijadikan tempat berpolitik, katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

"Mereka (ahli politik) boleh memohon tetapi jawatankuasa tauliah akan mempertimbangkan mengikut peraturan sedia ada sebagaimana yang dititahkan oleh Tuanku.

"Popular tidak popular tidak timbul sebab sesiapa yang memohon tauliah kita akan ikut peraturan biasa," katanya yang ditemui pada Majlis Aidilfitri di Bangunan Sultan Idris Shah.

Mengulas mengenai hasrat beberapa pemimpin PAS Selangor yang ingin menemuinya berhubung perkara itu, Marzuki berkata Pesuruhjaya PAS negeri Dr Abdul Rani Osman dan Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad telahpun menemuinya semalam.

Katanya kedua-dua pemimpin PAS itu meminta Jais menimbang semula perkara tersebut, namun seperti yang dimaklumkan sebelum ini jabatan berkenaan tetap dengan keputusannya.

Khalid sebelum ini didakwa menyampaikan tazkirah tanpa tauliah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang, pada 16 Ogos lepas.

Marzuki pada sidang akhbar 15 Sept lepas mengesahkan anggota parlimen itu akan didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Mengikut peruntukan seksyen itu, mana-mana pihak yang mengajar tanpa tauliah boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan