Hutan Hujan M'sia Akan Dipopularkan Menerusi Saluran National Geographic Tahun Depan

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Taman Negara dan pusat perlindungan hidupan liar negara seperti Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang dan Tasik Kenyir akan ditunjukkan kepada dunia menerusi saluran National Geographic tahun depan.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, filem dokumentari 'The Malaysian Journey: Hutan' yang akan diulas oleh pelakon Hollywood Jason Scott Lee akan berperanan mempromosikan sektor ekopelancongan negara. "Kita memiliki hutan hujan tertua di dunia dan ramai pelancong terbang ke negara ini kerana kita ada banyak rimba sama ada di bahagian timur atau barat Malaysia," katanya di majlis pelancaran dokumentari tersebut bersama Lee, di sini, Rabu. Pembikinan filem dokumentari selama satu jam itu yang diterbitkan bersama saluran FOX International dengan Pelancongan Malaysia siap pada penghujung minggu lepas.

Kedua-dua pihak telah bekerjasama sejak lapan tahun lalu dan menerbitkan beberapa program yang berjaya dengan dibantu oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Ini termasuklah 'Megastructures: Smart Tunnel' ; 'Fight Masters: Silat'; 'The Untold Truth of SuperMokh' dan 'A Leader's Legacy: Tun Abdul Razak'. Sementara itu Lee berkata, beliau 'sangat teruja' untuk menerokai hutan hujan Malaysia yang terkenal itu dengan memberi keutamaan pentingnya memelihara ekopelancongan.

"Saya juga berpengalaman tinggal di sebuah kampung dan belajar mengenai kepelbagaian budaya di sini," katanya.

Pada tahun 2007, Lee yang menjadi pendokong kuat terhadap alam sekitar dan pemeliharaannya menjadi pengulas dan mempersembahkan bahagian pertama dokumentari 'Malaysian Journey' mengenai seni silat oleh seorang juru silat tempatan, kehidupan kaum Rungus di Sabah dan tinggal bersama nelayan di Langkawi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan