Hudud: Pakatan Rakyat Perlu Jelaskan Pendirian

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat tidak wajar mengambil jalan mudah dengan mengarahkan semua pimpinan parti itu menutup mulut dalam isu pelaksanaan hukum hudud kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah dalam isu berkenaan, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata rakyat berhak untuk tahu sama ada paktan pembangkang akan melaksanakan hukum hudud sekiranya mereka berjaya memerintah negara.

“Arahan tutup mulut atau tidak, PR perlu jelaskan pendirian mereka sekarang kepada pengundi sebelum pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa parti (CWC) di sini, pada Selasa.

Beliau turut membandingkan arahan sama yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sambil berkata rakyat sehingga kini masih belum mengetahui perkara sebenar yang berlaku dalam isu berkenaan.

“PR sering bercakap soal kebebasan, ketelusan dan kebertanggungjawapan. Arahan menutup mulut tidak akan menyelesaikan masalah dalam isu-isu yang berbangkit,” katanya.

Beliau berkata, MCA turut melahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana memberi jaminan bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia kerana rakyatnya berbilang kaum.

Sementara itu, dalam mesej melalui Twitternya pada Selasa, Soi Lek turut mencabar PR menyatakan dengan jelas pendirian mereka mengenai pelaksanaan hukum hudud selepas pimpinan parti itu diarahkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media sehingga mereka mengadakan mesyuarat mengenainya pada malam Rabu.

“PR tidak boleh menyelesaikan masalah dengan mengarahkan pimpinan parti tutup mulut. Apa pendirian mereka mengenai hudud. Jangan berselindung di sebalik arahan tutup mulut,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai arahan tutup mulut yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor ke atas semua Exconya berhubung pemeriksaan JAIS ke atas DUMC Ogos lalu.

“Arahan tutup mulut. Oh Tuhanku, kita tidak pernah lupa bahawa arahan supaya semua Exco tutup mulut dalam isu pemeriksaan ke atas DUMC kerana ia masih berkuat kuasa,” katanya.

Ogos lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan semua Exconya supaya tidak memberi sebarang kenyataan dalam isu DUMC sehingga keputusan mengenainya dibuat.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan