Agensi Kerajaan Negeri Diminta Buat Perancangan Awal Hadapi Banjir

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim meminta semua agensi berkenaan dan kerajaan negeri membuat perancangan awal untuk menghadapi bencana banjir.

Beliau berkata persiapan rapi perlu dibuat secara sistematik bagi memastikan agensi berkaitan dapat membantu mangsa dengan cepat.

"Pihak terbabit diingatkan membuat persiapan, termasuk mengadakan mesyuarat koordinasi Oktober ini bagi membincangkan kerjasama dan menentukan peranan masing-masing dalam menghadapi musim tengkujuh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan 2011 di sini, Rabu.

Beliau berkata kira-kira 13,000 anggota bomba di seluruh negara telah diarah membuat persiapan menghadapi banjir termasuk memastikan keperluan logistik berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan bila-bila masa. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan