Vietnam Yakin Dapat Tingkatkan Hubungan Dengan Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Vietnam, Truong Tan Sang yang akan tiba di sini, Rabu untuk lawatan negara tiga hari berharap hala tuju utama hubungan Vietnam-Malaysia dapat dihasilkan semasa pertemuannya dengan pemimpin-pemimpin Malaysia.

Menyatakan kegembiraannya dengan kemajuan persahabatan dan kerjasama pelbagai pihak Vietnam-Malaysia, Sang berkata beliau memandang ke hadapan untuk mendengar cadangan terutama kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

"Percaya bahawa lawatan saya ke Malaysia akan berjaya membawa hubungan di antara kedua-dua buah negara ke peringkat baharu secara lebih pratikal dan berkesan demi kepentingan rakyat kita, bagi keamanan, persahabatan dan kerjasama rantau ini serta dunia," kata beliau dalam jawapan bertulis kepada Bernama sempena lawatannya itu.

Lawatan dibuat atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang berangkat melawat Vietnam pada Mac 2009.

Presiden berusia 62 tahun itu yang baharu memegang jawatannya pada 25 Julai lepas berkata beliau akan menghadiri satu forum perniagaan dan bertemu dengan beberapa kumpulan terkemuka di Malaysia.

"Saya akan gunakan peluang ini untuk menegaskan dasar tetap negara dan kerajaan Vietnam dalam mengujudkan keadaan menguntungkan bagi ahli perusahaan Malaysia melabur dalam pasaran di Vietnam," kata Sang.

Malaysia menduduki tempat ke-sembilan sebagai rakan kongsi perdagangan terbesar dan pelabur ke-lima utama di Vietnam.

"Di segi kerjasama buruh, Malaysia adalah pasaran ke tiga terbesar bagi Vietnam. Kerjasama kita yang lain di bidang keselamatan, pertahanan, pendidikan dan latihan, kebudayaan, sukan, pelancongan, minyak dan gas juga telah dimajukan kedua pihak serta memperoleh hasil yang menggalakan.

"Bagaimanapun masih terdapat potensi dan kekuatan yang belum diguna pakai oleh kedua-dua buah negara kita.

"Kedua-dua pihak perlu mengekalkan pertukaran lawatan dan hubungan peringkat tertinggi, pertukaran kunjungan rakyat, tingkatkan perdagangan serta promosi pelaburan bagi mengimbangi perdagangan dua hala.

"Meningkatkan kerjasama mencegah jenayah seberang sempadan dan keganasan antarabangsa serta rondaan bersama di laut," kata Sang.

Ditanya mengenai strategi pembangunan sosial dan ekonomi Vietnam 2011-2020, Presiden itu berkata ia bertujuan menjadikan Vietnam sebuah negara perindustrian moden menjelang 2020 yang hampir sama dengan Visi Malaysia 2020.

Beliau berkata: "Meskipun berlainan latar belakang di peringkat awal, Vietnam dan Malaysia kedua-duanya negara membangun yang boleh berkongsi pengethuan dan pengalaman." - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan