Tarikh Akhir 30 September Daftar Kenderaan Perdagangan Tidak Dilanjutkan

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tempoh pendaftaran semula kenderaan perdagangan yang tamat pada Jumaat ini tidak akan dilanjutkan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata setakat ini, lebih 200,000 atau 53 peratus daripada 360,000 kenderaan dalam kategori itu telah berdaftar dengan SPAD.

"Itu daripada segi jumlah kenderaan... daripada jumlah pengusaha atau operator pula, 45,000 daripada 90,000 pengusaha sahaja yang mendaftar dengan SPAD setakat ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dengan Touch 'n Go Sdn Bhd di sini, Selasa.

Syed Hamid berkata tempoh enam bulan mulai 1 April lalu untuk para pengusaha mendaftarkan kenderaan perdagangan mereka merupakan satu tempoh yang panjang dan tidak munasabah untuk dilanjutkan lagi.

Beliau menafikan proses pendaftaran yang sukar sebagai antara punca pengusaha enggan mendaftarkan kenderaan mereka.

"Kita kata isi saja borang, salinan pun boleh. Kalau tak ada alamat tak apa, kita tolong isikan... kalau tak ada akaun bank, penyata cukai pendapatan pun tak apa... sebab kita bukan nak buat pendaftaran baru, tapi kita cuma nak daftarkan semula untuk kemas kini sistem pangkalan data kita," kata Syed Hamid.

Beliau menegaskan selepas 30 Sept, kenderaan yang tidak didaftarkan tetapi masih beroperasi dianggap menyalahi undang-undang, dan pengusaha berkenaan menghadapi tindakan denda sehingga RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Hamid menyambut baik usaha ERL dan Touch 'n Go memperkenalkan sistem pembayaran elektronik bagi KLIA Ekspres.

Katanya sistem pembayaran itu akan membantu kerajaan mencapai 25 peratus penggunaan pengangkutan awam menjelang 2015.

"Cara pembayaran tanpa guna tunai ialah sesuatu yang memenuhi sasaran hendak dicapai oleh kerajaan dan ia akan galakkan orang ramai guna pengangkutan awam dengan lebih berkesan dan lancar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan