Rang Undang-Undang Perkhidmatan Pos 2011 Akan Dibentang Di Parlimen

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan membentangkan rang undang-undang Perkhidmatan Pos 2011 bagi menggantikan Akta Perkhidmatan Pos (APP) 1991 pada sesi Parlimen akan datang, kata Timbalan Menterinya Datuk Joseph Salang.

Undang-undang baru itu akan memastikan penyediaan perkhidmatan pos yang berkualiti dan menggalakkan pertumbuhan industri pos yang cekap, kompetitif dan berinovasi, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Ke-15 Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkeranian Pos Malaysia Semenanjung (UPCW) di sini, Isnin.

"Kita ingin meningkatkan tahap keyakinan pengguna terhadap perkhidmatan pos serta menjamin keselamatan pekerja, barang dan rangkaian pos sesuai dengan peredaran zaman pada masa kini," katanya.

Menyentuh mengenai penarikan balik video karya pemuzik Pete Teo 'Undilah', Salang berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhak menarik video itu selagi tidak mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Video selama 4.38 minit yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lepas menyeru rakyat untuk keluar mengundi. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan