Presiden Vietnam Tiba Untuk Lawatan Rasmi Tiga Hari Bermula Rabu

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Vietnam Truong Tan Sang akan tiba di sini, Rabu untuk lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurut satu kenyataan Wisma Putra di sini, Selasa, lawatan berkenaan akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

"Malaysia dan Vietnam mempunyai hubungan erat dan mesra hasil jalinan kerjasama yang wujud antara kedua-dua negara sejak 1973. Ini merupakan lawatan rasmi Sang sejak dilantik sebagai Presiden pada Julai," menurut kenyataan itu.

Lawatan Presiden Vietnam itu adalah kunjungan balas lawatan rasmi Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke Vietnam pada 2009.

Sang akan diiringi isteri Mai Thi Hanh; Timbalan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Thien Nahn dan beberapa menteri Kabinet dan timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan Vietnam.

Majlis sambutan rasmi akan diadakan di Dataran Parlimen, Rabu. Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah akan mengadakan jamuan negara meraikan Sang dan Hanh di Istana Negara.

Presiden Vietnam itu turut dijadual menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan