Polis Didakwa Pukul Orang Awam Tidak Akan Dilindungi

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT KAYU HITAM: Anggota-anggota polis yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi dan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau berkata polis dianggap sebagai anggota profesional dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.

"Pegawai kerajaan sepatutnya bagi contoh baik kepada orang ramai dan bukan melakukan sebaliknya," kata beliau ketika diminta mengulas dakwaan seorang pekerja pembersihan sisa pepejal, Mohd Ridzuan Mohd Noor dibelasah enam anggota polis di Kodiang, Sabtu lalu.

Dalam insiden 11.20 pagi itu, Mohd Ridzuan, 23 dibelasah kerana menegur seorang anggota polis berumur 40-an yang membuang sampah di luar tong sampah.

Mohd Ridzuan berkata mereka bertengkar dan anggota polis itu memberi amaran akan menembaknya sebelum meninggalkan tempat kejadian. Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian anggota polis itu kembali bersama-sama lima rakan dan membelasahnya.

Pekerja sisa pepejal itu juga mendakwa digari dan dimasukkan ke dalam lokap di Balai Polis Kodiang dan dilepaskan setengah jam kemudian.

Beliau membuat aduan di ibu pejabat polis Kubang Pasu kira-kira 1.40 pagi Ahad lepas.

Abu Seman berkata tindakan hanya boleh diambil berdasarkan hasil siasatan Akta Polis atau Kanun Keseksaan.

Beliau yang diiringi Setiausaha Bahagian Keselamatan Kawasan Sempadan merangkap Ketua Pengarah Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Datuk Abdul Rahim Ismail mengadakan lawatan ke kawasan sempadan dari Bukit Kayu Hitam hingga Perlis hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan