Pemimpin Masa Depan Perlu Mengembangkan Daya Kreatif, Inovasi:Najib

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak malam Isnin berkata cabaran bagi golongan pemimpin muda adalah untuk mengembangkan daya kreativiti, kemahiran dan inovasi yang menjangkau bidang keusahawanan dan perniagaan mereka.

Perdana Menteri berkata golongan muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan perlu melihat kaedah kreatif secara serius untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama serta mewujudkan persekitaran ekonomi dan sosial yang positif bagi rakyat mencapai kesejahteraan.

"Dalam erti kata lain, saya mahu anda semua berusaha dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk Malaysia dan diri anda," katanya pada majlis Anugerah Usahawan Muda Kreatif 2011 (JCI CYEA) anjuran Junior Chamber International Malaysia (JCIM) di sini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Najib berkata sikap kreativiti adalah penting bagi seseorang sekiranya mahu bersaing dan berjaya di pasaran antarabangsa.

"Kreativiti memberi anda lebih kelebihan dengan pesaing sama ada ianya kreativi dari segi reka bentuk, pembuatan, pembungkusan, perkhidmatan, pemasaran atau pengedaran," katanya.

Tiga pemenang anugerah tersebut tahun ini ialah Pengarah Urusan Global Green Synergy Sdn Bhd, Joseph Lim Heng Ee, Ketua Pegawai Eksekutif Kian Classic design Sdn Bhd, Kenny Yap Kian Wee dan Datuk Tony Looi Chee Hong, iaitu Pengarah Urusan/Pengerusi Ban Lee Hin Engineering and Construction Sdn Bhd.

Joseph Lim dipilih untuk mewakili negara pada Anugerah JCI CYEA Dunia 2011 di Belgium, November ini.

Anugerah JCI CYEA, yang diperkenalkan pada 2005, diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi menghargai, menghormati dan mengakui usahawan muda berbakat yang menggunakan imaginasi dan kreativiti mereka untuk mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan