Pelaksanaan Hukum Hudud Bukan Bermusim - Jamil Khir - Berita Semasa | mStar

Pelaksanaan Hukum Hudud Bukan Bermusim - Jamil Khir

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Pelaksanaan hukum Hudud bukanlah bermusim, sebaliknya ia perlu dilaksanakan secara berterusan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata sehubungan itu mana-mana pihak terutama parti politik tidak seharusnya menggunakan isu pelaksanaan hukum Islam untuk meraih sokongan pada musim pilihan raya sahaja.

"Apabila berbicara soal hudud, kita kena faham skop... bukan hanya cakap-cakap retorik, tapi kena ada perlaksanaan.

"Dalam perundangan negara, kita sentiasa ingin lihat Mahkamah Syariah berkembang seiring dengan mahkamah lain dan perjalanan ini memerlukan penyatuan umat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen ke-25 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, Selasa.

Beliau berkata semua umat Islam perlu mengetepikan pegangan sempit dalam konteks parti, puak atau kaum demi kepentingan sesuatu pihak.

Katanya umat Islam harus bersatu untuk melihat transformasi agama di negara ini serta menerima semua hukum dan cari hikmah yang baik di sebaliknya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan