Najib Umum Tabung RM10 Juta Biayai Pelajar PhD UTM

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan "Ainuddin Wahid Endowment Fund" dengan dana RM10 juta bagi membiayai pelajar peringkat doktor falsafah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Perdana Menteri berkata dana berkenaan akan diagihkan secara berperingkat dengan peruntukan RM2 juta setahun untuk tempoh lima tahun.

Ketika melancarkan biografi "Ainuddin Pejuang Degil Melayu" di UTM Jalan Semarak di sini pada Selasa, beliau berkata dana itu akan digunakan untuk membiayai lima pelajar PhD setiap tahun yang dari kumpulan creme de la creme iaitu yang terbaik.

"Pelajar-pelajar PhD yang dibiayai oleh dana ini juga berpeluang untuk mengikuti sandaran selama enam bulan semasa pengajian di salah sebuah institusi akademik tersohor dunia iaitu Universiti Oxford, Cambridge, MIT atau Imperial College," katanya.

Dalam ucapannya, Najib juga mengingatkan rakyat supaya tidak sekali-kali melupakan sejarah dan perjuangan pemimpin terdahulu yang menyumbang kepada kemakmuran negara yang dinikmati hari ini.

Beliau berkata dengan kefahaman dan sikap tidak lupa sejarah, rakyat mampu mengorak langkah membina kejayaan ke arah masa depan yang lebih baik.

"Sesungguhnya kejayaan yang ditempa oleh negara kita hari ini adalah usaha yang telah dirintis oleh generasi terdahulu. Justeru, kita jangan sekali-kali lupa sejarah, apatah lagi nak salah tafsir sejarah," katanya.

Perdana Menteri berharap agar Naib Canselor UTM Prof Dr Zaini Ujang dapat meneruskan perjuangan Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid, selaku Naib Canselor UTM yang pertama, melakar kejayaan berimpak tinggi sekali gus meletakkan UTM sebagai sebuah universiti unggul dan tersohor di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Biografi "Ainuddin Pejuang Degil Melayu" karya Datin Seri Fatini Yaacob mengisahkan kehidupan Ainuddin sebagai tokoh dan pejuang Melayu dengan semangat kegigihan luar biasa dan dorongan kuat daripada keluarga dan rakan karibnya.

Ainuddin, yang dilahirkan pada 1929, memiliki ijazah kejuruteraan awam dari Universiti Bristol, England, dan bertugas sebagai jurutera di Jabatan Kerja Raya pada 1957 yang dihormati oleh kontraktor kerana imej 'sangat bersih rasuah'.

Pada 1968, beliau dilantik oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, sebagai Pengetua Maktab Teknik yang kemudian dinaik taraf kepada Institut Teknologi Kebangsaan dan seterusnya dijenamakan sebagai UTM pada 1 April 1975.

Sebagai peneraju institusi pendidikan, Ainuddin berjaya merealisasikan dasar-dasar pembangunan negara khususnya Dasar Ekonomi Baru. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan