MTUC Harap Umur Persaraan Pekerja Swasta Dinaikkan

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berharap agar kertas cadangan berhubung had bersara mandatori bagi pekerja sektor swasta akan ditetapkan pada usia 60 tahun akan menjadi realiti.

Setiausaha MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, kumpulan teknikal yang terdiri daripada Kementerian Sumber Manusia, pekerja-pekerja dan MTUC telah mengadakan beberapa mesyuarat baru-baru ini.

"Setakat ini, semua pihak yang terlibat dalam mesyuarat itu telah mencapai kata sepakat.

"Kini, mereka sedang merangka rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen," katanya dalam temu ramah pada Isnin.

Di bawah undang-undang baru bertajuk 'Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum Swasta', MTUC sedang berusaha untuk menaikkan had umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pilihan bagi pekerja-pekerja untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya selama empat tahun lagi.

Abdul Halim berkata, MTUC telah berjuang untuk menaikkan tempoh umur persaraan bagi pekerja swasta sejak 12 tahun lalu.

Katanya, sektor swasta telah menaikkan had umur persaraan sebanyak dua kali tetapi pekerjanya tidak diendahkan.

"Bagi MTUC, ia merupakan diskriminasi terhadap pekerja swasta. Kebanyakan majikan tidak memandang serius perkara itu sehingga wujud undang-undang baru mengenainya," kata Abdul Halim.

Jelas beliau, Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum Swasta itu diharap dapat memberi manfaat kepada lebih enam juta pekerja di negara ini dan MTUC mahu aspek kebajikan dan ganjaran pekerja turut diambil kira.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam berkata perbincangan tersebut masih lagi diperingkat awal.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Kami mahu memastikan semua sudut diambil kira," katanya.

Had persaraan bagi kakitangan kerajaan dinaikkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun pada 2005.

Pada 2008, umur persaraan dinaikkan kepada 58 tahun.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan