Malaysia Kaji Semula Projek Lebuh Raya AS$1 Bilion Di Sri Lanka

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan mengemukakan semula cadangan untuk memulihkan semula projek lebuh raya bertol Colombo-Kandy Sri Lanka sepanjang 110km bernilai US$1 bilion (RM3 bilion), kata Duta Khas (Prasarana) ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S.Samy Vellu.

Kontrak pembinaan lebuh raya itu sepatutnya diberikan kepada Malaysia pada 2003.

"Bagaimanapun, selepas kajian kemungkinan dijalankan, cadangan itu dibatalkan oleh kedua-dua kerajaan dan lebuh raya itu masih tidak terbina hingga sekarang.

"Kerajaan Sri Lanka juga menunjukkan minat yang mendalam agar projek ini dilaksanakan oleh kontraktor Malaysia," katanya kepada Bernama selepas menerima kunjungan hormat perwakilan Sri Lanka.

Perwakilan itu diketuai oleh Gabenor wilayah selatan Sri Lanka, Kumari Balasuriya dan disertai oleh beberapa orang menteri dari negara Asia Selatan.

Pada 2003, Samy Vellu, yang ketika itu merupakan Menteri Kerja Raya, mengumumkan bahawa Malaysia akan mengemukakan cadangan mengenai projek bernilai RM1.2 bilion (nilai ketika itu) itu dan perjanjian penuh dijangka dicapai dalam tiga atau empat bulan.

Cadangan itu kemudiannya dikemukakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) beserta tiga rakan kongsi tempatan, dan kelulusan Kabinet.

Lebuh raya itu, jika dibina, akan mengambil masa perjalanan selama hanya 55 minit di antara Kandy dan Colombo berbanding tiga jam perjalanan sekarang.

Kandy terletak 116km timur laut Colombo. Samy berkata beliau juga berbincang tentang banyak segmen yang Malaysia berpotensi memberi sumbangan, seperti projek perumahan, padang golf dan resort di Sri Lanka.

"Bagaimanapun, ia masih dalam perbincangan dan kedua-dua pihak telah menjalankan kajian kemungkinan masing-masing sebelum tampil dengan rancangan," katanya. Sementara itu, kata Kumari, bagi pihak Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa, beliau menjangka untuk menyaksikan perbincangan selanjutnya tentang projek itu apabila Samy melakukan lawatan rasmi ke Sri Lanka dalam masa terdekat ini.

"Rakyat Sri Lanka mengharapkan lebuh raya ini dibina bagi faedah masyarakat dan kerajaan Malaysia dan Sri Lanka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan