Konsert Bollywood Tahun Depan Dijangka Tarik Pelancong - Maglin D'Cruz

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu konsert menampilkan artis-artis ternama Bollywood yang dianjurkan Zee Entertainment Enterprises Ltd akan diadakan tahun depan dan dijangka dapat menarik pelancong ke negara ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata acara itu akan dilakukan secara tahunan kerana dijangka dapat meningkatkan industri pelancongan negara.

"Acara sebegini biasanya ada pengikut tersendiri dan mereka (pelancong luar) pasti akan datang ke sini untuk menyaksikannya sendiri. Ini akan meningkatkan sektor pelancongan negara," katanya kepada pemberita semasa menerima kunjungan wakil dari stesen televisyen India, Zee TV, Robin Philip di pejabatnya di sini, Selasa.

Menurut Ketua Cawangan Zee Entertainment Enterprises di Malaysia, Pramila Rajagopal, konsert yang dianjurkan pada tahun lepas mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan oleh peminat Zee TV dari segenap bangsa.

"Kami berharap sokongan daripada pihak KPKK pada kali ini dapat menyemarakkan lagi konsert kedua yang bakal dihadiri artis ternama Bollywood. Malah, kami juga akan menjemput artis tempatan untuk turut sama memeriahkan acara ini," katanya kepada pemberita.

Konsert Bollywood itu dijangka diadakan pada 20 Januari depan dan lokasi konsert akan diumumkan kelak, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan