Kesihatan Umum Negara Mesti Ditingkatkan - Rosnah

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesihatan umum di negara ini mestilah pada tahap yang lebih tinggi menerusi penerimaan teknologi maklumat agar orang ramai dapat menerima perkhidmatan yang lebih baik dalam aspek kesihatan tersebut, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata penerimaan teknologi maklumat juga dapat mencapai pencapaian yang lebih baik dan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang terhad dalam usaha menaik taraf kesihatan umum di negara ini.

"Kerajaan kita sentiasa menerima teknologi baru di samping pengenalan telekesihatan oleh kementerian itu sejak 1990-an dan kini Domain Kesihatan Umum di kementerian telah bergerak ke arah penggunaan ICT (Maklumat Komunikasi dan Teknologi)," katanya ketika merasmikan Kolokium Kesihatan Umum dan Persidangan Kesihatan Umum Antarabangsa ke-18 di sini, Selasa.

Ia dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurutnya beberapa sistem pengawasan penyakit kesihatan umum kini menggunakan CDCIS e-notification, TBIS (Sistem Maklumat Tibi) E-Dengue dan E-Measles," tambah beliau.

Katanya walaupun bidang perubatan lambat dalam era maklumat dan teklologi, bukan kerana halangan tetapi lebih pada pada komplesiti, ia satu permulaan yang perlu diteruskan.

Pada majlis itu, Rosnah juga menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahamn (MoU) antara Fakulti Perubatan UKM dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan United Arab Emirates University (UAEU) untuk memulakan perkongsian strategik dalam penyelidikan kesihatan.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdi mewakili UKM sementara UAEU diwakili oleh rakan kongsinya Prof Dr Leena Mohamed Hadi Amiri.

MoU itu juga meliputi pertukaran kakitangan pendidikan dan penyelidikan serta penerbitan bahan-bahan akademik dan maklumat lain antara kedua-dua institusi tersebut untuk tempoh tiga tahun mulai November ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan