Kerajaan Mahu Penggiat Industri Kreatif Lebih Berdaya Saing Kembangkan Produk

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mahu penggiat industri kreatif di negara ini lebih berdaya saing dalam usaha mengembangkan produk mereka termasuk dalam penerbitan animasi.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata dengan cara itu, ia boleh menyumbang kepada pertumbuhan industri kreatif di negara ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hub konten kreatif yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Kita sentiasa memberi galakan kepada penggiat industri kreatif dengan menyediakan dana yang mencukupi untuk mereka menghasilkan produk dan terus berdaya maju dalam bidang ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Konten Kreatif Antarabangsa (IC3) anjuran Persatuan Selepas Pengeluaran Animasi dan Konten Kreatif Malaysia (POSTAM) di sini, Selasa.

Turut hadir Presiden POSTAM Yoki Chin dan Timbalan Presiden POSTAM Amir Irwan Bahruddin.

Bagi produk animasi, beliau berkata kementerian itu tiada halangan untuk mana-mana penggiat industri tersebut menerbitkan produk mereka asalkan ia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan.

"Dalam hal ini (penerbitan animasi) kerajaan adalah terbuka...tetapi nilai-nilai murni yang ada di negara kita, perlu dipatuhi dan diterapkan dalam produk yang akan dihasilkan itu.

"Kita tidak ada sekatan yang ketat. Misalnya bagi penerbitan animasi, unsur pornografi harus dielakkan malah skrip animasi juga perlu diteliti agar tidak menyentuh sensitiviti," kata Salang.

Seramai 400 peserta terdiri daripada pengasas industri kreatif seperti penulis skrip dan pelajar dari institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Lim Kok Wing, Kolej Komuniti Selayang, The One Academy dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menghadiri persidangan itu.

POSTAM yang diasaskan pada 1996 menyediakan peluang inovasi untuk rangkaian dan perkongsian maklumat kepada profesional dalam pelbagai bidang selepas produksi termasuk animasi, kesan visual, kandungan kreator untuk generasi konten kreatif digital dunia akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan