Kastam Akan Perketat Sistem Kawalan Keselamatan Di Lapangan Terbang

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEBERANG JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketatkan sistem kawalan keselamatan di lapangan terbang selepas mengkaji prosedur kemasukan penumpang bagi mencegah kemasukan barangan terlarang ke negara ini, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf.

Beliau berkata pihaknya mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi penguatkuasaan terbabit seperti Jabatan Imigresen dan Malaysia Airports Berhad (MAB) untuk melihat semula prosedur proses pelepasan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

"Hasil penguatkuasaan, JKDM berjaya merampas barang larangan bernilai RM331.43 juta sehingga bulan ini, melibatkan cukai RM236.91 juta yang lebih tinggi berbanding RM507 juta sehingga akhir tahun lepas dan saya yakin (rekod) itu dapat menyamai atau melampaui prestasi tahun lepas.

"Sebagai contoh, kes penyeludupan dadah dengan nilai rampasan tahun ini meningkat mendadak sehingga RM103.51 juta berbanding RM44 juta tahun lepas," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pengarah-pengarah Kastam seluruh Malaysia di Kompleks Kastam Pulau Pinang di sini, pada Selasa.

Mohamed Khalid berkata JKDM turut menganalisis keboloson pintu masuk negara ekoran rampasan dadah di KLIA yang disorok dalam penutup pengilat bibir baru-baru ini.

Katanya JKDM bersama agensi terbabit sedang membuat simulasi terhadap sistem kawalan keselamatan bagi mengelakkan kebolosan di pintu masuk kedua-dua lapangan terbang yang mengalami peningkatan aliran penumpang.

"Sekarang mereka (agensi) sedang buat layout and re-design (susunan dan bentuk semula sistem) dan membuat simulasi dahulu sama ada layout dicadangkan itu dapat mempertingkatkan kecekapan dalam pelepasan penumpang atau tidak. Kami juga mahu mengelak kesesakan dan kelewatan penumpang seperti pelancong memasuki negara ini," katanya.

Beliau berkata langkah memperketatkan kawalan di pintu masuk negara itu tidak akan menyusahkan pelancong asing, malahan sistem yang lebih baik dan kawalan pemeriksaan yang dikenakan ke atas mereka dapat dilaksanakan dengan lebih teliti dan cepat.

"Dalam pada mahu meningkatkan kecekapan, memendekkan masa penumpang berurusan dengan Kastam, pada masa yang sama kita tidak boleh berkompromi terhadap aspek keselamatan membabitkan dadah, senjata (diseludup masuk)," katanya.

Mohamed Khalid berkata peningkatan jumlah penumpang di KLIA dan LCCT mengakibatkan JKDM tidak berupaya untuk memeriksa setiap penumpang kerana ia memakan masa.

Katanya tindakan segera dengan mendapatkan maklumat awal penumpang berdasarkan senarai dan rekod serta mengenal pasti jalan berisiko tinggi bermula dari negara asal penerbangan dan disokong sistem pengimbas Rover perlu diambil bagi membolehkan pegawai perisisk membuat pemerhatian dan analisis setiap penumpang yang masuk ke negara ini. "Apabila masuk balai pelepasan, kita dapat memeriksa dan mengenal pasti sasaran yang memerlukan pemeriksaan 100 peratus ke atas bagasi dengan menggunakan mesin x-ray dan x-ray badan jika kita mempunyai maklumat tepat," katanya.

Mohamed Khalid berkata hasil penguatkuasaan JKDM berjaya mengutip hasil cukai RM21.8 bilion sehingga Isnin berbanding RM20.4 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Kutipan hasil tahun ini dijangka meningkat kepada RM30 bilion, katanya.

Beliau berkata lima produk utama yang menyumbang lebih 60 peratus ialah kenderaan import dan keluaran tempatan, minyak mentah, rokok import dan keluaran tempatan, minuman keras dan perkhidmatan telekomunikasi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan