Isu Gereja: Laporan JAIS Akan Dipersembahkan Kepada Sultan Selangor Rabu Ini

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IJOK: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu keputusan berkenaan laporan lengkap berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya Ogos lalu akan hanya diketahui selepas Rabu ini.

"Hanya selepas hari Rabu, kerana biasanya pada setiap hari Rabu, saya akan mengadap Tuanku Sultan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian karnival Nanyang Siang Pau pada Isnin.

Memetik laporan portal TV Selangor, Khalid berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada setiap hari Rabu dan isu berkenaan akan turut dibincangkan pada pertemuan tersebut.

Pada 3 Ogos lalu, penguatkuasa JAIS melakukan pemeriksaan ke atas DUMC setelah mendapat maklumat adanya cubaan memurtadkan orang Islam di satu majlis makan malam anjuran Komuniti Harapan.

Mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan