Dua Warga Singapura Hilang Selepas Bot Karam Dilanggar Di Perairan Pulau Aur

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU:Dua lelaki warga Singapura hilang selepas bot mereka naiki bersama tujuh yang lain untuk memancing karam dilanggar kapal tangki di perairan Pulau Aur, Mersing Sabtu lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata tujuh lelaki yang terselamat dalam kejadian pada 10 malam itu terdiri daripada lima warga Singapura dan dua Malaysia.

"Ketika mereka leka memancing, tiba-tiba sebuah kapal tangki melanggar tengah bot mereka menyebabkan kesemua tercampak ke laut dan bot kayu mereka yang berukuran 12 meter itu karam," katanya pada sidang media di pejabatnya pada Selasa.

Katanya dua warga Malaysia yang terselamat, Roslan Hussin, 29, dan Zainal Jol, 39, masing-masing merupakan tekong dan krew bot nelayan Kelas A itu, yang memiliki lesen untuk membawa pengunjung bagi tujuan memancing.

Dua warga Singapura yang hilang itu dikenali sebagai Tan Ah Juan, 55, dan Peck Zhi Yi, 31, manakala yang terselamat adalah Sim Hong Heng, 40, Goh Kian Seng, 45, Lim Kim Huat, 39, Pang Way Shang, 38 dan Pan Poh Loh, 42.

Zulkifli berkata kesemua mangsa diselamatkan bot nelayan tempatan pada pukul 5.45 petang Ahad, iaitu kira-kira tujuh jam selepas terapung di lautan di kedudukan 11.5 batu nautika timur Pulau Aur.

"Kesemua yang terselamat itu bergantung hidup dengan bergayut pada tong dan papan, di mana mereka telah dibawa arus sejauh antara enam hingga tujuh batu dari lokasi insiden sebelum diselamatkan," katanya.

Kesemua warga republik yang terselamat itu tidak mengalami kecederaan dan dibawa ke jeti Tanjung Sedili, sebelum diserahkan kepada pegawai Kedutaan Singapura yang berada di jeti berkenaan.

Beliau berkata seorang daripada warga Singapura yang hilang itu dipercayai sedang tidur di dalam bot ketika ia dilanggar, manakala seorang lagi dipercayai hilang di lautan ketika berenang mencari pertolongan.

Katanya APMM hanya menerima maklumat tentang kejadian itu apabila isteri tekong itu membuat laporan kepada APMM Tanjung Sedili selepas bot nelayan terbabit gagal pulang ke pangkalan sebagaimana dijadualkan pada petang Ahad. Pada pukul 8 pagi Isnin, katanya dua bot APMM dari Pangkalan Mersing dan Tanjung Sedili digerakkan untuk mencari bot nelayan terbabit dan pada pukul 2 petang hari yang sama, telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

Usaha mencari dua warga Singapura yang masih hilang itu melibatkan tiga bot dan sebuah helikopter Dauphine daripada APMM, sebuah kapal daripada Tentera Laut Diraja Malaysia "KD Pendekar" dan pesawat peninjau Beechcraft daripada Tentera Udara Diraja Malaysia, katanya.

Zulkifli berkata operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada Selasa dengan keluasan operasi menjangkau sehingga 20 batu nautika dengan dibahagikan kepada empat sektor pencarian. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan