DAP Ibarat Budak Kecil Takut Hantu:Nik Aziz

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Beliau menyifatkan DAP seperti "budak-budak kecil takutkan hantu" sedangkan hukum Hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

"DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini, Isnin.

Semalam, Nik Abdul Aziz berkata hukum Hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Baru-baru ini, pemimpin-pemimpin kanan DAP dilaporkan akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadikan negara Islam atau melaksanakan hukum Hudud di negara ini.

Di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meminta semua pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan mengenai hukum Hudud sehingga mesyuarat bulanan mereka, Rabu ini.

Ia adalah persetujuan yang dicapai antara beliau dengan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, katanya kepada pemberita.

Mustafa berkata, mesyuarat pada hari tersebut yang sepatutnya membincangkan mengenai Bajet 2012 tetapi akan meletakkan isu sensitif hukum Hudud sebagai keutamaan dan satu pendirian bersama akan dibuat.

Di Tanjung Karang, Selangor, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata PAS sepatutnya menarik diri dari Pakatan Rakyat yang dianggotainya bersama DAP dan PKR jika ia benar-benar sebuah parti bermaruah yang hendak menegakkan agama Islam.

Bagaimanapun, Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata biar apa pun sengketa atau sandiwara yang diketengahkan oleh PAS baik DAP dalam soal pelaksanaan hukum Hudud, beliau yakin kedua-duanya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Cabar-mencabar antara PAS dan DAP hanya gimik politik, hanya nak hidupkan suasana untuk menarik perhatian rakyat bahawa mereka ada isu semasa," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada 128 bakal haji dari Parlimen Tanjong Karang, Isnin.

Beliau berkata gema mengenai isu Hudud lazimnya ditimbulkan pihak pembangkang bila pilihan raya dirasakan semakin hampir.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan