Bajet 2012 Dijangka Saksi Usaha Tingkat Keyakinan

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bajet 2012 dijangka menyaksikan usaha untuk meningkatkan keyakinan bagi mengimbangi penurunan dalam permintaan eksport, kata Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng.

Beliau juga menjangka bajet berkenaan mesra rakyat, berubah ke arah permintaan domestik dan menggalakkan pembelian rumah.

"Saya rasa cabaran utama ialah bagaimana untuk mengimbanginya terhadap ekonomi luar yang perlahan di mana Malaysia mungkin akan terjejas kerana kelembapan ekonomi global.

"Jadi, pada masa ini, saya tidak fikir akan ada faktor yang melemahkan keyakinan pengguna, dari segi pembelian mereka.

"Perbelanjaan akan dihadkan bagi memastikan bahawa industri domestik dan ekonomi terus berkembang," kata Yeah pada majlis pengumuman perkembangan terkini hartanah REHDA bagi separuh pertama 2011 di sini Isnin.

Yeah berkata terdapat keperluan untuk dasar yang berani bagi menggalakkan pelaburan swasta memandangkan terdapat aduan mengenai persekitaran operasi perniagaan yang terhad.

"Kita perlu meneliti, untuk melihat bagaimana kita boleh menjadikannya lebih baik dan memperbaiki persekitaran operasi perniagaan.

"Salah satu daripada perkara utama adalah untuk melihat sejauh manakah warisan lama atau dasar boleh diubah," katanya.

Beliau berkata pelaburan, walaupun di bawah jangkaan pada separuh pertama tahun ini, diunjur meningkat dengan kukuh pada separuh kedua tahun ini dan pada 2012 sebagai hasil daripada usaha yang lebih fokus oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap pelaburan.

Yeah berkata RAM menjangka usaha mengetatkan monetari kekal pada kadar yang beransur-ansur walaupun memudahkan pengguna dan tekanan harga aset, khususnya untuk beberapa segmen hartanah di lokasi terpilih, dan mudah tunai lebihan dalam sistem kewangan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan