Abu Seman: Hubungan Malaysia-Thailand Sentiasa Harmoni

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT KAYU HITAM: Hubungan dua-hala Malaysia-Thailand berjalan dengan harmoni dan sebarang isu membabitkan kedua-dua negara diselesaikan dalam semangat kejiranan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata hubungan Malaysia dan Thailand sangat akrab kerana sering mengadakan perjumpaan bagi membincangkan kepentingan dua-hala.

"Hubungan anggota keselamatan kita dengan rakan sejawat mereka dari Thailand juga berada pada tahap memuaskan," katanya kepada pemberita semasa ditemui ketika melawat Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di sini, Selasa.

Menurutnya beliau melakukan lawatan hari ini untuk bertemu dengan anggota keselamatan dan meninjau kawasan yang dijaga mereka dari Bukit Kayu Hitam ke Perlis.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) berusaha menambah baik infrastruktur terutama jalan keselamatan dan peralatan kepada jabatan-jabatan berkaitan yang membantu meningkatkan keselamatan kawasan sempadan," katanya.

Beliau berkata KDN tidak menerima permohonan daripada mana-mana jabatan untuk menambah baik kemudahan sedia ada termasuk alat pengimbas barang yang keluar-masuk di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Kayu Hitam.

Mengenai UPP, beliau berkata unit itu dilaksanakan melalui Konsep Lautan Biru atau pemikiran lebih terbuka yang melonjakkan paradigma KDN.

"Malaysia adalah satu-satunya negara yang menggarap tiga jabatan sebagai satu unit bagi melaksana tugas di bawah konsep 1Malaysia yang memberi kelebihan termasuk meningkatkan hubungan antara jabatan di bawah KDN," tambahnya.

Turut mengiringi Abu Seman ialah Setiausaha Bahagian Keselamatan Kawasan Sempadan merangkap Ketua Pengarah UPP, Datuk Abdul Rahim Ismail. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan