Tiba Masa Transformasi Majlis Agama Islam - Tuanku Mizan

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah transformasi Majlis Agama Islam Negeri kini sudah tiba masanya melaksanakan fasa itu secara holistik, komprehensif dan bersepadu.

Baginda bertitah, Majlis Agama Islam selaku barisan hadapan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia mampu melestari kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatannya.

"Inisiatif pembaharuan penyampaian perkhidmatan Majlis dalam dekad-dekad lalu dilaksanakan secara relatif dan 'incremental' bagi memenuhi keperluan pelbagai bidang.

"Namun dalam misi memacu transformasi pengurusan Islam seiring dengan pengurusan organisasi lain, kita perlu memastikan institusi agama berada di landasan yang kukuh, mantap dan berkesan," titah baginda yang merasmikan Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama di sini, Isnin.

Baginda bertitah, selan itu usaha memperkemas jentera organisasi dan tadbir urus institusi agama perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa.

"Sumber yang mapan, struktur organisasi yang kemas, kewibawaan modal insan dan kebijaksanaan memaksimumkan potensi yang ada merupakan faktor-faktor penting penentu kecemerlangan Majlis Agama Islam yang perlu diperkasa," titah baginda.

Bertemakan Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah, Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia berlangsung pada 26 dan 27 September ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Tuanku Mizan bertitah, kongres tersebut diharapkan dapat menghasilkan resolusi yang realistik dan pratikal bagi memberi nafas baru dalam penjanaan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan institusi agama Islam di seluruh Malaysia.

"Ia menjadi forum membincangkan citra Majlis Agama Islam sebagai peneraju transformasi dan inovasi pembangunan ummah.

"Pembinaan interaksi pelbagai pihak melalui kongres ini juga menjadi wadah perkongsian pintar dalam membangun dan mengurus tadbir sosio ekonomi ummah secara menyeluruh berdasarkan potensi sumber yang dimiliki," titah baginda.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan