Terengganu Bakal Miliki Hospital Universiti

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu bakal mempunyai hospital universitinya yang pertama - Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).

Mengumumkan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata Kerajaan Persekutuan baru-baru ini meluluskan permohonan untuk hospital itu dan ia akan dibina di atas tanah 100 ekar (40 ha) di sebelah kampus utama universiti itu di Gong Badak di sini. Fasa pertama projek pembinaan hospital itu yang bermula tahun depan, dijangka menelan belanja kira-kira RM800 juta, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan e-book kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di sini Ahad.

Hospital tersebut akan dipastikan setaraf dengan hospital berkaliber yang lain seperti Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan