Pemilihan Calon Gerakan PRU-13 Lebih Ketat - Tsu Koon

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilihan calon parti Gerakan untuk pilihan raya akan datang akan diperketatkan termasuk menjalani temuduga, kata Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Beliau berkata parti itu juga akan melihat kelayakan serta sumbangan mereka kepada masyarakat sebelum mengemukakan nama mereka sebagai calon Barisan Nasional.

Anggota Gerakan juga turut diingatkan supaya tidak melakukan sebarang sabotaj terhadap calon yang dipilih kelak, tetapi bersatu padu menyokong mereka yang terpilih bagi menjamin kemenangan untuk BN, katanya.

"Setiap ahli parti perlu bersatu dan terus menerus turun ke padang untuk berkempen pada pilihan raya umum nanti bagi membantu calon, dan tidak sesekali membeloti parti demi kepentingan peribadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Gerakan negeri Selangor 2011 di sini, Ahad.

Menyentuh mengenai Selangor, Koh berkata parti itu akan berusaha merampas kembali empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen yang kalah di tangan parti pembangkang pada pilihan raya umum lepas, iaitu DU NTeratai, Bukit Lanjan, Kota Alam Shah dan Bukit Gasing serta Parlimen Puchong. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan