PAS, DAP Tidak Akan Keluar Pakatan Rakyat:MB Terengganu

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berpendapat bahawa PAS dan DAP tidak akan meninggalkan gabungan parti pembangkang walaupun kedua-dua parti kini berselisih pendapat mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Katanya kontroversi mengenai undang-undang hudud itu hanyalah gimik politik yang dibangkitkan oleh PAS tetapi pada masa sama mereka memerlukan satu sama lain untuk memancing undi dan memenangi pilihan raya umum kelak.

"Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memegang jawatan Menteri Besar Terengganu dulu mendakwa hukum hudud bukan sesuatu yang perlu diberi keutamaan, tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang pelik kerana isu hudud dibangkitkan semula," katanya selepas menyampaikan buku elektronik (e-book) kepada para pelajar sekolah rendah kawasan Dewan Undangan Negeri Tepoh di sini Ahad.

Ahmad berkata kontroversi itu bertujuan mengalih perhatian terhadap masalah yang dihadapi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikecam pelbagai pihak sekarang berikutan kenyataanya yang mendakwa pengganas komunis sebagai pejuang sebenar kemerdekaan negara.

Mengenai skim e-book, Ahmad berkata kerajaan negeri telah mengagihkan lebih dari 95,000 e-book untuk murid sekolah rendah sejak 2007.

"Kami telah membelanjakan kira-kira RM100 juta bagi membiayai e-book pelajar dan penggunaan e-book itu telah berjaya menghasilkan peningkatan dalam prestasi pendidikan di negeri ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan