Nik Aziz Diminta Perjelas Pelaksanaan Hukum Hudud

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menjelaskan implikasi pelaksanaan hukum hudud terhadap masyarakat bukan Islam sekiranya undang-undang Islam itu dilaksanakan di negeri itu.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata Nik Abdul Aziz perlu membuat penjelasan terperinci bagi mengelak kekeliruan khususnya dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Hasan menyifatkan cadangan untuk memasukkan enakmen hudud ke dalam hukuman syariah negeri Kelantan sebagai "cakap-cakap kosong".

"Sudah lebih 20 tahun Pas memerintah Kelantan dan sehingga sekarang masih tidak ada apa-apa dilakukan ke arah itu (melaksanakan hukum hudud)," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Nik Abdul Aziz semalam dilapor berkata Kelantan bercadang memasukkan enakmen hudud ke dalam hukuman syariah negeri itu untuk digunapakai oleh mahkamah syariah.

"Janganlah membohongi rakyat, politik sandiwara Pas ini hanya mengelirukan rakyat," kata Hasan.

Beliau berkata ia berbeza dengan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil tindakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah berjanji untuk mengkaji akta itu dua tahun lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan