Islam Tidak Wajar Dilihat Melalui Lensa Politik - Raja Nazrin

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Islam tidak wajar di lihat melalui lensa politik kerana lensa politik boleh berubah, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda bertitah, Majlis Agama Islam Negeri (Main) adalah institusi bukan politik dan bertanggungjawab secara langsung kepada Raja-raja sebagai Ketua Agama Negeri.

"Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya dari pengaruh dan campur tangan politik berparti.

"Dan Raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian," titah baginda pada Kongres Majlis Islam Negeri Seluruh Malaysia di sini, Isnin.

Raja Nazrin bertitah bahawa Main dalam kedudukan secara bijaksana untuk memastikan kelangsungan Islam dan survival umat Islam di negara ini.

"Peranan Majlis bagaimanapun kini semakin kritikal dan masa tidak memihak kepada umat Islam kerana kekayaan ekonomi dan intelek masih belum berpihak kepadanya.

"(Justeru) dalam mendukung tanggungjawab besar terhadap ummah, Main perlu diperkasakan, menajamkan minda dan mencelikkan pandangan untuk berupaya merangka rancangan dan tindakan lebih substantif," titah baginda.

Baginda bertitah, peranan Main hendaklah ditakrifkan secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran dan pelaksana berwibawa untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik.

"Selagi tindak tanduk Main tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, negara hendaklah mengiktiraf Main sebagai institusi strategik, berpotensi dan menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah.

"Ia juga berperanan sebagai benteng terakhir dan terpenting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah walau apa pun senario politik yang berlaku dalam negara," titah baginda.

Bertemakan Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah, Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia berlangsung pada 26 dan 27 September ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan