Ibu Datuk Zainal Abidin Osman Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Ibu kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman meninggal dunia akibat sakit tua di Kampung Sungai Setar Kecil, di sini malam Ahad.

Zainal Abidin berkata ibunya Allahyarham Chick Ismail, 83, meninggal dunia pada 10.50 malam di rumah mereka selepas sakit sejak enam tahun lepas.

"Allahyarham sakit tua sejak enam tahun lepas bagaimanapun masih boleh berjalan, tetapi sejak dua bulan lepas, sakitnya makin teruk," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata ibunya seorang yang penyayang meninggalkan ayahnya Osman Md Isa, 90, dan 11 anak serta 86 cucu termasuk menantu.

"Saya dan adik-beradik lain termasuk ayah berada di sisi ibu ketika beliau menghembuskan nafas terakhir," katanya.

Zainal Abidin berkata jenazah ibunya di sembahyangkan di Masjid Sungai Acheh dan dikebumikan di tanah perkuburan masjid berkenaan pada 11 pagi.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dan orang ramai terutama penduduk setempat yang hadir menziarahi jenazah ibunya.

"Walaupun saya sedih, tetapi saya reda dengan pemergian ibu," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan