DAP Tidak Akan Ke Kawasan Luar Bandar Untuk Raih Sokongan Rakyat - James

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: tidak akan pergi jauh ke akwasan luar bandar untuk memperluas dan mengukuhkan sokongan bagi mencapai hasratnya mengambil alih kerajaan neegri, kata presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Beliau berkata ini kerana isu-isu yang dibangkitkan kebanyakan berpusat di bandar di samping DAP tidak mampu menghadapi cabaran ke kawasan luar bandar atas faktor geografi.

"Jenama politik DAP, saya fikir tidak mudah diterima oleh kebanyakan penduduk luar bandar. Ini juga kerana kebanyakannya adalah berdasarkan tuduhan, tidak benar dan kritikan," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

"Adalah senang untuk mengkritik...jadi sangat mudah tetapi mencari penyelesaian sangat susah. Hanya kerajaan pada hari ini yang ada penyelesaian kerana kita ada pihak berkuasa untuk lakukan.

Walau apa pun keputusan pilihan raya negeri lepas hendaklah sebagai pentunjuk di mana pada amnya penduduk kawasan luar bandar di Sarawak menolak pembangkang," kata beliau.

DAP Sarawak baru-baru ini menubuhkan sebuah jawatankuasa sementara di Kanowit dan berhasrat untuk ke Kapit dan bandar di kawasan luar bandar.

Dr Masing yang juga Anggota Dewan Undangan (ADUN) Balleh di Kapit berkata ia mungkin mampu menarik beberapa cedekiawan Dayak yang pada dasarnya mengkritik kerajaan tetapi ramai lagi intelektual dengan Barisan Nasional (BN).

Mengenai persediaan PRS pada pilihan raya parlimen akan datang, katanya beliau telah melawat Sri Aman, Lubok Antu dan Julau untuk mendapatkan pandangan lapangan terhadap wakil rakyat sekarang di kawasan pilihan raya itu.

"Dari mood mereka, saya boleh bayangkan PRS boleh mengekalkan semua kerusi itu. Tetapi pastinya kita masih terlalu awal dan kita akan lihat apa akan berlaku sebelum saya buat cadangan terakhir.

Saya setakat ini agak puas hati dengan pencapaian wakil rakyat kita William Nyalua Badak di Lubok Antu, Mesir Kujat di Sri Aman dan Datuk Joseph Salang di Julau," katanya.

Dr Masing dijadual melawat kawasan pilihan raya yang dipegang PRS iaitu Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang tidak lama lagi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan