BN P. Pinang Mahu SPRM Siasat Projek Spice

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat perjanjian projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (SPICE) di Relau, yang didakwa merugikan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata pembinaan SPICE di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) itu dilihat hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemaju iaitu, Eco Meridian Sdn Bhd.

Katanya satu laporan berhubung perkara berkenaan akan dibuat secara rasmi kepada SPRM oleh Pemuda BN Pulau Pinang dalam masa terdekat.

"Terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada pihak pemaju projek terbabit dan ia menimbulkan persoalan kerana ada di antara syarat perjanjian yang ditandatangani pada 19 Ogos lepas akan menyebabkan hasil berjumlah RM488 juta yang sepatutnya dinikmati rakyat Pulau Pinang hilang begitu saja. "Kami juga mempunyai alasan yang kukuh terdapat perjanjian yang boleh dipertikaikan yang membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), kerajaan negeri dan pemaju, jadi kami mahu SPRM menyiasat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Taman Chai Leng, dekat sini, hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan BN Pulau Pinang, Datuk Dr Loga Balan Mohan. Dr Teng yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata BN turut meragui penjualan tanah di kawasan pembinaan SPICE kerana ia dijual lebih murah daripada harga pasaran semasa kepada pemaju bagi tujuan pembinaan sebuah hotel.

"Tanah itu dijual dengan harga RM100 kaki persegi sedangkan harga pasarannya adalah RM300 kaki persegi, kenapa ia dijual dengan harga murah? Ini menimbulkan persoalan yang harus dijawab pihak berkenaan," kata beliau.

Katanya beberapa syarat dalam perjanjian itu juga memberi kelebihan kepada pemaju antaranya ialah pemberian tambahan 1,500 unit rumah kepada pemaju yang bakal menyebabkan rakyat negeri ini kehilangan RM450 juta.

"Rakyat juga bakal mengalami kerugian lebih RM10 juta berikutan tindakan kerajaan menyediakan tanah secara percuma kepada pemaju bagi membina sebanyak 450 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah bersaiz tidak lebih 650 kaki persegi berharga minimum RM72,500...syarat itu jelas merugikan rakyat," katanya.

Beliau berkata BN memperjuangkan isu berkenaan kerana ia merugikan penduduk Pulau Pinang dan hanya menguntungkan pemaju semata-mata.

"BN juga terima pelbagai maklum balas kurang senang daripada rakyat berhubung projek itu dan sebagai rakyat negeri ini, kami sudah tidak boleh bersabar dengan tindak tanduk kerajaan negeri dalam mentadbir negeri ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan