71 Pelajar Asrama Sekolah Teknik Keracunan Makanan

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 71 pelajar di asrama sebuah sekolah teknik di sini mengalami cirit birit dan muntah-muntah selepas makan di kantin asrama sekolah itu, malam Jumaat.

Mereka yang terdiri daripada 40 pelajar lelaki dan 31 pelajar perempuan berumur antara 15 dan 17 tahun dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas dikesan mengalami simptom keracunan makanan malam tadi.

Ketua Jabatan Unit Kecemasan HSB Dr Fatahul Laham Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam tadi dan kira-kira pukul 9.15 malam, dua bas sekolah itu tiba di HSB dengan membawa pelajar-pelajar berkenaan.

"Semasa sampai di hospital, keadaan mereka letih dan lemah akibat mengalami cirit birit dan muntah-muntah tapi stabil," katanya ketika ditemui pemberita di di sini, Ahad.

Beliau berkata hanya enam pelajar yang dimasukkan air kerana badan terlalu lemah.

"Semua pelajar itu hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar dan dibenar pulang kira-kira pukul 11.30 malam tadi selepas keadaan mereka semakin pulih," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Kedah Dr Hayati Mohd Radzi berkata pihaknya telah mengambil sampel makanan di kantin dewan makan asrama berkenaan dan mengarahkan dewan makan itu menutup operasi buat sementara waktu.

"Keracunan itu dipercayai berpunca daripada makanan yang mereka (pelajar) makan pada malam Jumaat lepas iaitu sambal sotong," katanya.

Beliau berkata pada awal tahun ini Jabatan Kesihatan telah memeriksa kantin itu dan ia didapati 80 peratus bersih iaitu kebersihan kantin itu berada pada tahap memuaskan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan