Transformasi Budaya Perlu Untuk Pupuk Budaya Membaca - Azizah

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEAUFORT: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Azizah Mohd Dun berkata transformasi minda perlu dilakukan lebih awal bagi memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat khususnya golongan kanak-kanak.

Beliau berkata walaupun kadar membaca oleh masyarakat telah meningkat dari tahun ke tahun, namun ia perlu dirangsang lagi sekurang-kurangnya membaca 20 buku setahun.

Katanya pada masa kini, kadar membaca hanya membabitkan sekitar lapan hingga 12 buku setahun.

Tahap amalan membaca oleh masyarakat akan menyumbang ke arah peningkatan sumber ekonomi negara dalam industri perbukuan.

"Semakin ramai masyarakat membaca maka semakin meningkat jualan bahan bacaan di pasaran serta seterusnya akan lahir lebih ramai penulis buku yang berkualiti kelak," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mari Membaca 1Malaysia - Bacalah Manjaku anjuran Perpustakaan Negara di Hospital Beaufort, di sini, Ahad.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Datuk Raslin Abu Bakar.

Azizah berkata program galakan membaca itu bertujuan merangsang ibu bapa untuk menyuntik semangat anak-anak mereka mengamalkan amalan membaca sebagai budaya hidup.

Katanya sasaran utama program itu ialah anak-anak kecil yang mendapat rawatan di hospital dan berterima kasih kepada Perpustakaan Negara yang mengambil inisiatif untuk meningkatkan tahap amalan membaca masyarakat.

Beliau berkata ini selari dengan aspirasi kerajaan untuk menerbitkan 28,000 judul bahan bacaan menjelang 2015 bagi menampung 28 juta penduduk Malaysia.

Katanya ini kerana bahan bacaan yang mencukupi adalah satu kriteria yang diambil kira dalam mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Azizah bekata amalan membaca harus dijadikan amalan wajib setiap hari kerana ia menjadi titik tolak pembentukan masyarakat yang mantap dari segi ilmu pengetahuannya dan melahirkan generasi yang berminda kelas pertama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan