Terengganu Bina Bangunan Untuk Persatuan Pesara Guru - Berita Semasa | mStar

Terengganu Bina Bangunan Untuk Persatuan Pesara Guru

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Teregganu akan membina sebuah kompleks bernilai RM9 juta di Kampung Telemong, Hulu Terengganu untuk kegiatan Persatuan Guru-guru Bersara Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata projek yang dinamakan Kompleks Desa Taqwa itu ialah untuk menyediakan tempat bagi pesara guru menjalankan aktiviti terutama dalam bidang keagamaan.

"Apabila siap kelak ia akan dijadikan pusat pembelajaran dalam bidang keagamaan yang berkonsepkan sekolah pondok," katanya ketika berucap pada majlis Jasamu Dikenang untuk meraikan 272 pesara guru di sini, Ahad. Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Guru-guru Bersara negeri Terengganu Datuk Abdul Rashid Ngah.

Ahmad Razif berkata kompleks yang dijangka siap pada akhir tahun depan itu boleh dijadikan sebagai tempat menimba ilmu dan pengalaman di kalangan guru-guru bersara kelak. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan