Sultan Kedah Titahkan Sejarah Terus Dipelajari Di IPT

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Pengajian sejarah bukan sahaja wajib dipelajari di peringkat sekolah, malah perlu diteruskan ke peringkat pengajian tinggi kerana ia penting dalam kehidupan negara bangsa, titah Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Baginda bertitah sejarah adalah 'buku kehidupan' yang mengandungi pelbagai pengajaran dan perkara penting untuk dijadikan panduan ke arah perkembangan negara bangsa.

"Institut Pengajian Tinggi (IPT) harus menawarkan kursus bersifat holistik dan bersepadu dengan memberi fokus kepada komunikasi, keusahawanan dan pembinaan sahsiah bagi membantu membina keterampilan pelajar sejajar dengan dunia global.

"Sebagai contoh, pelajar dalam bidang Sains, Perdagangan dan Kejuruteraan perlu didedahkan dengan kursus persejarahan, falsafah atau pengajian perbandingan agama," titah baginda pada majlis Konvokesyen Ke-25 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas), di sini, Ahad.

Baginda bertitah sejarah perlu dipelajari serta diambil iktibar terutama oleh generasi baru agar golongan itu lebih menghargai erti merdeka, kedaulatan bangsa dan negera dengan lebih bijaksana.

Sultan Abdul Halim bertitah sejarah negara bangsa perlu diketahui, difahami dan diserap oleh seluruh lapisan masyarakat, bukan sahaja sekadar mempelajarinya malah apa yang telah berlaku perlu dijadikan pedoman.

"Apa yang telah berlaku perlu dinilai semula untuk perkembangan masa depan, membina semula kedudukan dan kekuatan bangsa kerana sejarah berkait dengan jatuh bangun sesuatu bangsa dan negara," titah baginda.

Baginda turut mengingatkan graduan Polimas supaya menggunakan ilmu serta kepakaran masing-masing dengan sebaiknya dan cara yang betul serta mencurahkan apa yang ada demi bangsa dan negara.

Sejak ditubuhkan pada 1984, Polimas telah melahirkan lebih 30,000 graduan dan pada konvokesyen kali ini seramai 2,309 graduan dari Jabatan Perdagangan, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, akan menerima sijil dan diploma masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan