Pengerusi MCA Kedah Beri Peluang Pada Muka Baru

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew berkata beliau sudah bersedia melepaskan semua jawatan parti dan memberi laluan kepada muka baru untuk dipilih bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka tidak lama lagi.

"Saya sudah maklumkan hasrat saya ini kepada presiden parti kira-kira sebulan lepas. Bagaimanapun sekiranya presiden menganggap perkhidmatan saya masih diperlukan parti, saya akan terus berkhidmat.

"Namun saya fikir lebih baik beri laluan kepada muka baru mewakili MCA pada pilihan raya akan datang, yang baik untuk jangka masa panjang parti dan Barisan Nasional (BN)," katanya, kepada Bernama semasa ditemui di sini, Ahad.

Chong, 62, berkata keputusannya bukan kerana masalah kesihatan tetapi setelah lebih 35 tahun berkecimpung dalam dunia politik beliau ingin memberi tumpuan kepada beberapa perkara namun akan terus memberi sumbangan kepada parti.

Mengenai PRU-13, beliau berkata parti sedaya upaya berusaha menarik sokongan pengundi Cina kepada BN.

"Kita membuat persediaan dengan menggerakan jentera pilihan raya di kawasan tumpuan lebih setahun lepas kerana menyedari bukan senang untuk menawan balik pengundi Cina yang beralih sokongan kepada pembangkang.

"Saya yakin pendekatan yang digunakan MCA dengan menemui pengundi secara terus serta kerjasama mantap semua anggota komponen BN, kita yakin dapat merampas kembali satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang jatuh kepada pembangkang," katanya.

Pada PRU-12, MCA bertanding dua kerusi Parlimen dan empat DUN dan cuma memenangi satu kerusi Parlimen Alor Setar dan tewas Parlimen Kulim/Bandar Baru manakala tewas kerusi DUN Kulim, Kota Darul Aman dan Bakar Arang.

Chong, bekas anggota Exco kerajaan negeri semasa Syed Razak Syed Zain dan Datuk Seri Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar, tewas kepada pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik pada PRU-12 yang lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan