Pemilik Kenderaan Cermin Gelap Akan Dikompaun

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap dan tindakan kompaun akan dikenakan kepada mereka.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata tindakan kompaun akan dikenakan terhadap pemilik kenderaan yang gagal mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ.

JPJ akan menjalankan operasi dari masa ke semasa bagi mengesan pengguna yang menggunakan cermin gelap, ekoran meningkatnya jumlah penggunaaan cermin gelap di negeri ini sejak akhir-akhir ini, katanya kepada pemberita selepas mengikuti 'Ops Pengarah' di Gong Badak di sini, Ahad.

Beliau berkata dalam 'Ops Pengarah' yang diadakan hari ini sebanyak 40 notis saman atas pelbagai kesalahan dan 30 notis kesalahan cermin gelap telah dikeluarkan dalam tempoh dua jam.

Sementara itu, beliau meminta pemilik kenderaan yang diberikan notis oleh JPJ agar menghantar kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan di mana-mana pejabat JPJ dalam tempoh 10 hari selepas notis dikeluarkan. Sekiranya gagal, pemilik kenderaan tersebut akan dikenakan kompaun RM200, katanya.

Menurutnya cermin kenderaan pada bahagian sisi perlu melebihi 50 peratus dan 70 peratus kecerahan pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan