Papan Tanda Amaran Untuk Penyelama Di Pulau Redang

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) memacak papan tanda amaran 'Dilarang Sentuh' di dasar laut Taman Laut Pulau Redang semalam dalam usaha memulihara terumbu karang di pulau itu.

Pemasangan papan tanda itu dilakukan dua penyelam cilik berumur 11 tahun, Siti Nur Aqilah Nor Azlan dan Amir Hakim dengan diiringi beberapa penyelam lain yang mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Selaman Merdeka Antarabangsa dan Pembersihan Terumbu Karang.

Pengarah JTLM Dr Sukarno Wagiman berkata peletakan papan tanda itu adalah sebagai peringatan kepada orang ramai yang menyelam di pulau berkenaan agar tidak merosakkan tumbuhan dan haiwan di dasar laut.

"JTLM sentiasa berusaha memastikan dasar laut di perairan negara sentiasa bersih dan tumbuhan di dasarnya tidak dicemari oleh penyelam atau pihak tertentu dan saya rasa bangga kerana program ini juga disertai 15 penyelam luar negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Selaman Merdeka Antarabangsa dan Pembersihan Terumbu Karang di sini, yang disertai 150 penyelam.

Antara agensi yang terlibat dalam program itu ialah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pertanian Perak, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Petronas Kerteh, Dorken, EcoMarine dan beberapa resort sekitar Pulau Redang.

Sukarno berkata peserta yang membersihkan dasar laut dalam itu juga berjaya menangkap 82 tapak sulaiman jenis 'Crown-of-Thorns' (COT) iaitu sejenis tapak sulaiman yang boleh membinasakan terumbu karang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan