Malaysia-Perancis Tandatangani Pemindahan Pemilikan Kapal Selam

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu majlis menandatangani pemindahan pemilikan kapal selam Agosta 70 daripada kerajaan Perancis kepada kerajaan Malaysia diadakan di Kedutaan Malaysia di Paris, Perancis pada Jumaat.

Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal mewakili kerajaan Malaysia sementara Pengarah Pembangunan Antarabangsa, Kementerian Pertahanan Perancis Yves Blanc mewakili kerajaan Perancis.

Turut hadir pada majlis itu ialah Atase di Kedutaan Malaysia Perancis Kapt Ismail Abdullah, menurut kenyataan Kedutaan Malaysia di Paris kepada Bernama di sini, Ahad.

Agosta digunakan untuk tujuan melatih krew pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani Malaysia untuk pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002.

Perjanjian pemindahan itu telah ditandatangani di Kuala Lumpur pada 16 Mei lepas.

Agosta akan diangkut di atas sebuah limbungan terapung ke Malaysia pada minggu pertama Oktober oleh Felda Transport dan ia akan diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka yang kemudian dijadikan sebuah muzium di Klebang, Melaka. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan