Kerajaan Nasihat Rakyat Tangguh Perjalanan Ke Yemen

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang melawat Yemen agar menangguhkan perjalanan mereka sehingga keadaan keselamatan di negara itu pulih seperti biasa.

Semua rakyat Malaysia yang berada di negara itu juga dinasihatkan agar segera mendaftarkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, ibu negara Yemen, sekiranya mereka belum berbuat demikian.

Dalam kenyataan di sini, kementerian itu menyatakan bahawa pihaknya telah menghubungi semua rakyat Malaysia yang berada di Yemen dan menasihatkan mereka supaya sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan dan mengikuti perkembangan keselamatan semasa berada di negara itu.

Kementerian sentiasa memantau perkembangan situasi semasa di Yemen dan meminta penuntut dan rakyat Malaysia yang bekerja atau melawat negara itu agar kembali secara sukarela ke Malaysia setelah urusan mereka selesai.

Langkah itu dibuat ekoran situasi di Yemen pada masa ini khususnya di Sana'a dan Aden bertambah kritikal selepas pihak prodemokrasi bertempur dengan pihak keselamatan kerajaan, menurut kementerian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan