Kerajaan Belum Cadang Wujud Jawatan Baru Perkhidmatan Awam

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kerajaan belum bercadang mewujudkan jawatan baru dalam perkhidmatan awam sebaliknya mengekalkan perkhidmatan kakitangan sedia ada, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata, seluruh negara akan menggunakan perkhidmatan kakitangan yang sedia ada.

Berucap pada majlis jamuan makan malam dan ramah mesra bersama ketua-ketua jabatan di kediaman rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri di sini malam Sabtu, beliau berkata, Perlis sebuah negeri yang kecil tidak terlalu sukar untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Kalau ingat kita (negeri) kecil tak perlu banyak (jawatan). Guna jawatan yang sedia ada," kata beliau.

Sebelum itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid berkata, di Perlis terdapat 17,226 penjawat awam termasuk 1,224 penjawat awam di 15 jabatan negeri manakala selebihnya di badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, jabatan persekutuan dan badan berkanun persekutuan.

Katanya, penjawat awam kerajaan negeri adalah kecil berbanding jumlah penduduk Perlis sebanyak 250,000 orang menjadikan nisbah penjawat awam Perlis terlalu kecil iaitu seorang penjawat awam berkhidmat kepada kira-kira 164 (1:64) penduduk berbanding nisbah peringkat nasional 1:20.

"Ini menunjukkan beban kerja penjawat awam di Perlis amat tinggi berbanding beban kerja seorang penjawat awam di Persekutuan," kata Azizan.

Mohd Sidek yang juga Yang Dipertua Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) berada di Perlis kerana menyertai program MAKSAK turun padang.

Turut hadir ialah isterinya, Puan Seri Wan Noorlina Wan Hussin selaku Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Semasa berada di Perlis rombongan tersebut meninjau kawasan sempadan dan beberapa projek pembangunan di negeri ini serta menyertai projek gotong-royong di Kampung Binjal Utan Aji dekat sini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan