Universiti Al-Azhar Ingin Wujudkan Pusat B.Arab Di Pahang

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Institusi pengajian tinggi tertua di dunia, Universiti Al-Azhar berhasrat menubuhkan Pusat Islam Arab di Pahang bagi membantu pelajar di Malaysia menguasai bahasa Arab dengan lebih berkesan.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan beliau dengan Pemangku Presiden universiti itu, Prof Dr Mohammed Hassaan Awad di sini.

Adnan yang sedang dalam rangka lawatan kerja selama empat hari ke Mesir berkata Universiti Al-Azhar secara dasarnya bersetuju menghantar para ilmuan mereka ke Pahang bagi mengajar bahasa Arab khususnya kepada pelajar sekolah agama.

"Perkara ini akan dibincangkan secara lebih mendalam dalam mesyuarat kerajaan negeri akan datang dan saya akan turut maklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) berhubung cadangan Universiti Al-Azhar itu," katanya kepada pemberita di sini.

Adnan berkata bagi Pahang, penubuhan pusat itu mampu membantu memperkasa penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar di negeri itu yang kekurangan tenaga pengajar khususnya dari negara Timur Tengah.

Ketika ini, katanya terdapat 14 guru bahasa Arab dari Arab Saudi di Pahang hasil usaha Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

"Kita lihat penguasaan bahasa Arab pelajar mula meningkat hasil didikan mereka yang benar-benar pakar dalam bahasa berkenaan," katanya.

Adnan berkata beliau juga dimaklumkan bahawa Universiti Al-Azhar telah membuka satu kuliah khusus bagi membantu pelajar Malaysia yang kurang mahir menguasai bahasa Arab. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan