Tukar Jalur Gemilang: Keahlian Manoharan Digantung Enam Bulan

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa disiplin DAP telah menggantung keanggotaan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah M. Manoharan selama enam bulan berhubung kenyataannya bahawa Jalur Gemilang perlu ditukar.

Pengerusinya Tan Kok Wai berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa itu di ibu pejabat parti di sini, hari ini. "Kami memutuskan untuk menggantungnya selama enam bulan kerana kami berpendapat ulasannya amat serius. Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan bahawa dia telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Manoharan dikecam berhubung entri dalam Facebooknya yang mencadangkan supaya Jalur Gemilang diubahsuai kerana reka bentuk sekarang menyerupai bendera Barisan Nasional dan tidak melambangkan Malaysia.

Beberapa pemimpin BN mempersoalkan sikap DAP yang membisu berhubung perkara itu dan mencabar parti itu supaya mengambil tindakan disiplin ke atas Manoharan.

Ketika dihubungi, Manoharan berkata beliau akan merayu terhadap tindakan itu tetapi enggan mengulas. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan