Tubuh Negara Islam: Karpal Terus Bidas Nik Aziz

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyatakan DAP boleh memilih untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya membantah rancangan PAS menubuhkan sebuah negara Islam.

"Ia adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Saya berpendapat isu berhubung negara Islam telah pun diketepikan dengan resolusi yang diterima pakai pada muktamar PAS yang diadakan tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.

Karpal menyebut resolusi PAS bahawa parti itu tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.

"Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu," katanya.

Pemimpin Pakatan Rakyat tidak bersetuju hasrat kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum Hudud dan hasrat parti itu menubuhkan negara Islam. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan