Selangor Catat Simpanan Tunai RM1.1 Bilion

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor berjaya mencatatkan simpanan tunai berjumlah RM1.1 bilion pada tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah tersebut merupakan rekod kewangan paling baik yang pernah dicatatkan oleh kerajaan negeri dalam tempoh 28 tahun.

“Dalam tempoh enam bulan tahun ini, kerajaan negeri berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1.1 bilion.

“Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Jumaat.

Menurutnya lagi, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.

Khalid berkata, perkara tersebut turut dimaklumkan kepada Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam, pada Khamis.

Jelasnya, Seri Paduka juga telah dimaklumkan mengenai Program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang diperkenalkan 100 hari selepas Pakatan Rakyat memerintah negeri itu dan sebanyak RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat negeri itu.

“Saya memaklumkan perkara ini kepada Tuanku kerana kejayaan dan program-program yang dijalankan adalah untuk kebaikan rakyat di Selangor.

“Ini kerana program-program ini kurang mendapat publisiti daripada media arus perdana,” katanya.

Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pada Jumaat telah menamatkan lawatan rasmi selama tiga hari ke negeri tesebut.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan